Terms of Use

Maklumat yang Dikumpul.

Pihak UiTM mungkin mengumpul maklumat berikut:
1. nama dan jawatan
2. maklumat untuk dihubungi termasuk alamat e-mel
3. maklumat demografik seperti poskod, keutamaan dan kesukaan
4. maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan kaji selidik pelanggan

Apa yang Dilakukan dengan Maklumat yang Terkumpul

Pihak UiTM memerlukan maklumat ini untuk memahami keperluan anda, seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda, dan terutamanya atas alasan-alasan berikut:
1. penyimpanan rekod dalaman
2. penambahbaikan perkhidmatan
3. keselamatan

UiTM komited untuk memastikan maklumat anda selamat. Bagi mengelakkan capaian tanpa kebenaran atau pendedahan maklumat, pihak universiti telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan untuk melindungi maklumat yang dikumpulkan dalam talian.

Mengawal Maklumat Peribadi

Pihak universiti tidak akan menjual, mengedar atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan setelah mendapat kebenaran atau dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.

Persetujuan Anda

Dengan memberikan data peribadi anda kepada Pusat Jaringan Alumni (ANC) UiTM, anda telah membaca dan menerima pernyataan-pernyataan ini serta telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh ANC UiTM mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada ANC UiTM , anda memberikan jaminan dan representasi kepada ANC UiTM bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk pemprosesan data peribadi yang berkaitan oleh ANC UiTM mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini.